Thursday, October 4, 2007

Mee Bandung

Bahan2:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara2:
Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
Masukkan stok ayam & biarkan mendidih.
Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah panas hingga penuh.
Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

No comments: