Thursday, October 18, 2007

Puff

Bahan2:
1 kg tepung roti
600 gm marjerin pastri
200 gm marjerin
100 gm gula
10 gm garam
Telur
Air secukupnya

Cara2:
Tepung roti, garam, gula digaul & masukkan jadikan 1 doh.
Bahagikan kepada 3 bahagian.
Ambil 1 bahagian dicanai setebal 2 cm.
Marjerin pastri dipecahkan 3 bahagian, letakkan atas doh tadi.
Tekan dgn pencanai & pusingkan serta gelek setebal 1/2cm & potong segi empat (3x3cm) & canaikan setebal 3mm.
Sapukan telur serta isikan inti di setiap permukaan & lipat dua.
Inti yang digunakan bergantung pada citarasa anda.

Roti Berinti Udang

Bahan2:
174 gm udang segar - bersihkan, rebus, kupas kulitnya dan potong kecil
½ biji timun - buang empulur dipotong dadu kecil
½ batang lobak merah - didadu kecil
2 biji buah zaitun jeruk - dicincang
3 kelopak kubis cina - dihiris
Sedikit mentega atau marjerin untuk disapu pada roti
Sedikit serbuk lada hitam
8 keping hirisan roti perancis
3 sudu mayonis

Cara2:
Hirisan roti perancis disapu mentega nipis-nipis.
Satukan udang, sayuran dan buah zaitun.
Gaul dengan mayonis dan percikkan lada hitam gaul lagi.
Letakkan di atas roti perancis.

Meltz Hot Dog

Bahan2:
4 keping roti gardenia
2 btg hotdog ayam/daging
3 sudu besar mayonis
3 sudu sos cili
mazorella cheese (mengikut citarasa sendiri)

Cara2:
Gorengkan hotdog.
Sementara itu, mazorella cheese di potong kecil2.
Campurkan mayonis dan sos cili dalam mangkuk kecil.
Masukkan mazorella cheese ke dalam mangkuk kecil tadi dan gaul sebati.
Sapukan sedikit pada roti kemudian letakkan hotdog dan letakkan sos sekali lagi diatas hotdog.
Tutup dengan satu lagi keping roti.
Lakukan perkara yang sama pada keping roti yg seterusnya.
Bakar roti tadi di dalam microwave selama 45 saat (sehingga cheese cair).
Hidangkan panas.

Jemput -Jemput Roti

Bahan2:
1 buku roti
4 biji telor
1 ulas bawang besar
2 biji cili (hijau/Merah)
Sedikit daging cincang
sedikit Daun Sup
Garam
Ajinamoto(klu suka)

Cara2:
Roti dipotong kecil-kecil.
Masukkan telur, bawang dan lada yang dipotong dadu ke dalam roti tadi.
Kemudian masukkan daging cincang, daun sup yg dimayang halus dengan sedikit garam. Gaulkan semua bahan dan bulat-bulatkan sambil ditekan padat.
Goreng dalam minyak yg sederhana panas..(sentiasa balik balikkan supaya roti masak rata)

Sup Kaki Ayam

Bahan2:
10 kaki ayam,leher,kepak,tulang rangka
7 biji bawang merah kecil(tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
½" halia mengikut rasa (tumbuk)
Bunga Lawang,Bunga Cengkih,Kulit Kayu Manis
Sup Bunjut Adabi
Daun Sup
4 Biji Kentang
1 batang Lobak

Cara2:
Sedikit minyak dan goreng bahan tumbuk serta sup bunjut, selepas itu mengikut suka kaki ayam atau sebagainya.
Kacau semua bahan hingga sebati dan masuk air megikut suka.
Mendidih masukkan kentang atau mengikut suka.
Akhir sekali taburkan daun sup

Sup Ekor Gunung Jerai

Bahan2:
1 kg ekor lembu
4 biji buah tomato (dibelah empat)
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
20 gm daun sup
1 liter air
Garam
Bahan dimayang:
100 gm bawang merah
40 gm bawang putih
2 cm halia
1 batang serai

Cara2:
Tumiskan semua bahan kecuali ekor lembu, buah tomato dan daun sup.
Bila tumisan garing dan naik baunya, masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ekor lembu yang telah dipotong mengikut kegemaran anda dan biarkan sehingga empuk.
Akhir sekali masukkan tomato dan garam secukupnya.
Sebelum menghidang taburkan daun sup yang telah dihiris halus.

Sup Cendawan Berkrim

Bahan2:
4 sudu tepung gandum
cendawan butang dibahagi 2 [satu dikisar halus satu lagi potong halus]
1 biji bawang besar[dikisar]
3 biji bawang putih[dikisar]
2 biji kentang [dipotong dadu kecil]
serbuk lada hitam
garam
gula
air

Cara2:
Tumis bawang besar, bawang putih sehingga kuning dan naik bau.
Masukkan kentang dan tunggu sehingga empuk.
Kemudian masukkan cendawan yang dikisar.
Biarkan seketika. Masukkan tepung gandum yg telah dibancuh sambil kacau berterusan [mungkin akan berketul jika tidak dikacau]
Masukkan cendawan yg dopotong halus.
Kemudian masukkan sedikit garam , gula secukup rasa.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam mengikut selera.
Biarkan sehingga mendidih.
Potong sedikit daun pasli dan juga daun bawang goreng di tengah.
Makan semasa panas

Sup Ayam Tomato Pedas

Bahan2:
1 ekor ayam (potong 16)
10 ulas bawang merah (hiris & goreng)
Daun sup (hiris)
3 sudu besar tomato puree
1 paket Rempah sup bunjut Adabi
3 batang serai dititik
2 kiub ayam Knorr
1 mangkuk cendawan butang (belah dua)
Sebatang carrot (hiris memanjang - 2 cm)
Satu mangkuk bunga kobis
Air secukupnya (cukup untuk menenggelamkan ayam & sayuran sahaja)
Garam

Bahan dikisar halus:
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm (panjang) halia
2 sudu besar lada putih
6 tangkai cili padi

Cara2:
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan air, bunjut sup, serai, tomato puree dan kiub ayam.
Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ayam. Apabila ayam masak, masukkan carrot.
Biarkan 2 minit, masukkan cendawan dan bunga kobis.
Masak selama 2-3 minit. Angkat.
Apabila menghidang, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Sup Ayam Power

Bahan2:
Ayam dipotong kecil
3 biji kentang-diptong 4
sup bunjut
sedikit lada hitam-ditumbuk halus
bawang merah-ditumbuk
bawang putih-ditumbuk
halia-ditumbuk
sedikit garam secukup rasa
sedkit ajinomoto
daun sup dan daun bawang- dihiris ikut suka(sedang-sedang je)
sedikit minyak masak
dan air sesedap rasa

Cara2:
Masukkan minyak masak kedalam periuk, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan air bersama kentang biarkan air mengelegak dan kentang empuk.
Jangan lupa masukkan sup bunjut dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi. Kemudian masukkan ayam, biarkan kuah tadi mengelegak dan ayam tadi masak.
Masukkan garam dan ajinomoto sesedap rasa, kecilkan api taburkan daun sup dan daun bawang.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

Jangan Asem Tempe (Sup Tempe)

Bahan2:
Tempe 5 biji potong dadu
Lengkuas sebesar ibujari diketuk
Cili Kering 5 biji ditumbuk kasar
Asam Jawa sebesar ibujari
Garam
Air 1 liter

Cara2:
Panaskan periuk.
Masukkan air...tempe dan kesemua bahan-bahan tersebut.
Garam secukup rasa.
Masak sehingga mendidih.

Tuesday, October 16, 2007

Mama Carrie

Bahan2:
Bahan (a)
250 gm mentega
125 gm icing sugar
275 gm tepung
50 gm tepung jagung
1 sudu makan tepung susu

Bahan (b)
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu makan tepung jagung

Cara2:
Satukan bahan (a) dan putar selama 2 minit.
Simpan dlm peti sejuk 1/2 jam. Canai adun setebal 1.5 cm dan terap dengan acuan pilihan anda.
Putar putih telur dan gula hinga pekat.
Kemudian masukan tepung jagung.
Bahagikan adunan 2 bahagian yg satu warna
cokelat & yg satu putih.
Sapukan aduan warna putih diatas tepung yg diterap.
Kemudian picitkan/titikkan adunan cokelat bentuk melingtang diatasnya
Gunakan lidi, gariskan bentuk melintang tadi.
Bakar 180 C hingga masak.

London Almod Cookies

Bahan2:
250 g. mentega
125 g. marjerin
80 g. gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 camt. esen vanila
525 g. tepung gandum } diayak
1½ camt. serbuk penaik }
200 g. badam (dibakar rangup)
mangkuk kertas secukupnya

Bahan Salut/Hiasan
200 g. coklat masakan (dihiris kecil)
1 camB. lemak sayuran
150 g. badam urai

Cara2:
Pukul enam bahan pertama hingga sebati.
Masukkan bahan ayak, uli menjadi doh lembut.
Pastikan tepung tidak dimasukkan sekaligus bimbang doh menjadi keras.
Jika ini terjadi, gaulkan dengan 1-2 camb mentega supaya ia kembali lembut.
Bulatkan sedikit adunan, isikan sebiji badam di dalamnya.
Bakar pada suhu 190 C hingga masak. Biar sejuk.
Cairkan coklat dan lemak sayuran di dalam mangkuk yang diletakkan atas periuk air mendidih perlahan.
Letak biskut dalam mangkuk kertas.
Sudukan coklat cair dan taburkan badam.
Biar coklat keras sebelum disimpan di dalam bekas.

Biskut Mazola

Bahan2:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 biji kuning telur
½ botol kecil minyak mazola

Cara2:
Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula.
Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata.
Setelah itu bentukkan bulat bulat leper.
Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak.

Biskut Matahari

Bahan2:
1000 gm tepung gandum
800 gm mentega lembut
400 gm gula aising
100 gm kuning telur
Parutan kulit lemon secukupnya
Jem Rasberi

Cara2:
Campurkan semua bahan yang disediakan kemudian uli hingga menjadi doh yang lembut. Canaikan adunan setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat sebagai lapisan bawah.
Untuk bahagian atas terap dengan acuan kecil sehingga mendapat satu gelang.
Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
Setelah sejuk, lapiskan dengan jem raspberi.

Daging Berempah

Bahan2:
4 keping daging stik
1 pokok daun ketumbar
3 biji tomato
3 tangkai cili merah
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
garam
minyak sapi untuk menumis

Cara2:
Kisar kesemua bahan dan perapkan bersama daging selama lebih kurang sejam.
Kalau nak lagi sedap perapkan semalaman.
Panaskan minyak sapi,tumis daging tadi.Masukkan garam.
Masak hingga kuah agak kering dan daging empuk.
Hidangkan.
Sesuai dimakan bersama nasi dan roti.

Daging "Black Pepper"

Bahan2:
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub

Cara2:
Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau.
Masukkan kicap pekat dan lada hitam.
Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.
Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.
Biarkan mendidih dan pekat.
Sedia untuk dihidang.

Abon Surabaya

Bahan2:
Bahan giling:
4 labu bawang besar bersaiz sedang(dihiris)
1 ulas bawang putih
1 camca teh belacan (dibakar)
Sehiris lengkuas
2.5 cm halia
5 biji buah keras
1 camca teh gula
500 g daging lembu (direbus empuk)
½ biji kelapa (dibuang ari dan diparut)
½ biji kelapa (diparut dan diperah santan pekatnya)
Garam secukup rasa
½ cawan minyak kelapa\kacang

Cara2:
Tumbuk daging yang telah dimasak itu dengan anak lesung.
Siat-siatkan isinya dan gaulkan dengan kelapa parut serta bahan giling.
Campurkan santan dan garam secukup rasa.
Masak hingga kering dan kacaukan selalu.
Sejukkan sedikit kemudian tumbuk sehingga halus.
Pijarkan minyak hingga berasap.
Goreng campuran yang ditumbuk itu hingga kering sambil dikacau cepat-cepat.
Angkat dari api dan masukkan ke dalam sebuah penapis.
Tekan-tekankan supaya keluar minyak yang berlebihan.
Biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan.

Daging Masak Merah

Bahan2:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara2:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.
Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
Masukkan cili kering.
Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar.
Kacau seketika & angkat.

Daging Masak Hitam Manis

Bahan2:
3 biji bwg besar
10 biji cili kering
Kicap manis (Habhal) setengah botol kecil
500gm daging lembu
10 ulas bwg kecil
garam
gula
asam jawa

Cara2:
Rebus daging sehingga hempuk.
Apabila daging sudah hempuk asingkan dari air nya.
Daging diperap bersama kicap manis selama setengah jam.
Bwg dan cili kering dikisar bersama air rebusan daging (agak air tersebut, jgn guna semua)
Setelah daging sudah sebati goreng daging tadi sehingga layu..
Kemudian tumiskan bhn yang telah dikisar tadi.
Akhir sekali masukkan sedikit garam, gula dan juga asam jawa.
Akhir sekali potong bwg kecil tadi untuk dijadikan bwg goreng.
Boleh dihiaskan dengan bwg goreng

Tambahan:
garam, gula dan asam jawa hendaklah mengikut cita rasa masing-masing.

Others Recipes