Sunday, April 26, 2009

American Style Mashed Potato

Bahan2:
Ubi Kentang
Butter
Fresh milk/cream
Ground Black Pepper
A pinch of salt(jika perlu)
Cheddar cheese(shredded/hiris) **jika mahu*

Cara2:
Bersihkan ubi kentang(buang kulit) tapi jgn dikerat.
Rebus ubi kentang sampai empuk.
Buangkan air rebusan tanpa mengeluarkan ubi kentang dari periuk.
Panaskan semula dgn api paling kecil. Instantly, masukkan butter dan susu/krim dan lecekkan ubi kentang. Masukkan ground black pepper dan garam jika perlu.
***Tambahkan dengan keju cheddar jika mahu*** kacau hingga sebati.

Perlu diingatkan, penggunaan susu/ krim, dan butter/margarine bergantung kpd kuantiti ubi kentang.
Adjust lah mengikut kesukaan masing2.
Jika mahu mashed potato very moist, lebihkan susu dan jika mahu kurangkan lemak, bolehlah substitute dgn susu kurang lemak,kurangkan sukatan butter, dan omit keju cheddar.

Bergedil Ayam

Bahan2:
1kg kentang
200gm ayam (bahagian dada)
1 sudu kecil lada putih (tumbuk)
1 biji telur
Daun sup (ikut suka)
Bawang Goreng (ikut suka)
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara2:
Kupas kulit kentang kemudian potong tipis dan digoreng hingga kekuningan.Biarkan sejuk.Tumbuk/lecek.
Goreng ayam sehingga separuh masak kemudian tumbuk.
Gaulkan semua bahan(kentang,ayam,lada putih,garam,bawang goreng,daun sup) hingga sebati.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
Kepalkan adunan menjadi bulat2 kecil, leperkan dan sedia untuk digoreng.
Pastikan minyak panas dan pada api yg sederhana.

Goreng Udang Berperisa (Sizzling Prawn)

Bahan2:
Semangkuk udang basah
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak
Sesudu makan bawang putih giling
Sedikit air asam manis
Garam serta serbuk perasa secukup rasa

Cara2:
Buangkan kulit udang kemudian belah bahagian belakangnya.
Selepas dibasuh toskan airnya. Setelah itu goreng hingga masak.
Gaul udang dengan semua bahan-bahan di atas kemudian masak ke dalam pinggan panas yang telah dipanaskan. Setelah itu bolehlah diangkat dan dihidang.

Ayam BBQ Istimewa

Bahan2:
2kg ayam. Pilih bahagian ayam yang disukai.. cth kepak,paha atau sebagainya.
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 ikat serai
½ ketul halia
2 biji limau kasturi
5 sudu besar madu
½ botol sederhana kicap lemak manis
serbuk cili babas secukup pedas
Hirisan salad, tomato dan timun utk hidangan.


Cara2:
Kisarkan bawang besar, bawang putih ,halia dan serai sehingga halus.
Kemudian campurkan kisaran tadi dengan ayam yang telah dicuci bersih di dalam mangkuk besar.
Masukkan perahan 2 biji limau kasturi , 5 sudu madu , kicap dan serbuk cili.
Gaulkan kesemuanya hingga rata dan biarkan tenggelam dalam bancuhan selama sekurang-kurangnya 30mts.
Ayam sudah sedia utk dibakar. Semasa membakar ayam, sekali-sekala celupkan kembali ayam tersebut dalam bancuhan tadi dan biarkan masak sepenuhnya.

Hidangkan ayam di atas pinggan besar sejurus selepas masak bersama sedikit daun salad,timun serta tomato.

Others Recipes