Saturday, November 10, 2007

Moist Chocolate Cake

Bahan2:
25 gm serbuk coklat
75 gm gula perang (boleh diganti dgn gula merah)
90 ml jus oren (lebih kurang 6 sudu makan)
2 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
100 gm gula caster
100 gm marjerin/mentega
150 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
3 sudu besar susu segar
1 sudu teh vanila

Cara2:
Mula-mula masak serbuk coklat, jus oren dan gula perang sehingga mendidih dan berkilat.
Biarkan larutan sejuk.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
Pukul putih telur sehingga gebu.
Dalam bekas berasingan, pukul mentega/marjerin dan gula caster sehingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu serta vanila.
Seterusnya masukkan larutan coklat dan campuran tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan pula susu dan akhir sekali putih telur.
Kaup balikkan adunan kek supaya sebati.
Tuang adunan dalam acuan bulat berdiameter 7 inci dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga kek masak.

Lapis Kopi

Bahan2:
130 g gula kastor
120 g tepung halus
75 ml air
3 biji telur
Sedikit parutan kulit lemon
Sedikit garam
Sedikit serbuk penaik

Bahan krim:
200 g gula pasir
100 g tepung kastad
100 ml santan
2 sudu besar jeli segera
Sedikit kelapa kering
Sedikit pewarna hijau
Sedikit perisa pandan

Cara2:
Pukul telur, gula kastor dan kulit lemon.
Tuangkan air sambil dikacau rata.
Masukkan tepung kastad, serbuk penaik dan garam. Gaulkan hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit.
Potong kek pada 3 banagian.
Satukan bahan krim kecuali kelapa kering dan masak hingga pekat.
Sapukan krim pada setiap bahagian kek dan lapiskan.
Kemudian sapukan pada permukaan kek dan taburkan kelapa kering.

Yummy Crunchy Clusters

Bahan2:
4 sudu makan nutela or peanut butter.
3 ½ sudu makan butter, (dicairkan)
4 cawan honey corn flakes
1 pkt Snickers@Brand Miniatures, dipotong kecil.

Cara2:
Campurkan Nutela dan mentega menjadi satu digaul hingga sebati.
Kemudian masukkan honey corn flakes dan snickers.
Digaul lalu dikepal-kepal berbentuk bola.
Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam. Mudah dan lazat.

Winter Cookies / Biskut Musim Sejuk

Bahan2:
250 gm Butter
3 ozs Castor Sugar
8 ozs Plain Flour
2 tsp Vanilla Essence
2 tsp Baking Powder
Cherries for Decoration (Cubed to small pieces)

Cara2:
Beat butter and sugar till firm and fluffy.
Add flour and stir constantly.
Finally, add in Vanilla Extract.
Greased baking tray.
Insert butter mixture into pipping bag with medium sized floret instrument.
Pipe out mixture onto tray approximately 2 cms. apart as mixture may rise.
Decorate with cherries.
Preheat oven and bake cookies in the oven for 10 minutes or till golden brown at a temperature of 160 degrees celcius.
Remove from oven and leave to cool.

Biskut Batik Rupawan

Bahan2:
1 Bungkus Biskut Merries
3 Camca Marjerin
½ Cawan Koko
1 ½ Cawan Milo
1 Tin Susu Cair
200 gram gula pasir

Cara2:
Campurkan koko dan milo bersama susu cair dan gula.
Masak di atas api yang perlahan
Kacau jangan berhenti dan bila gula telah cair, tutup api.
Letak ditepi.
Panaskan kuali dan masak marjerin hingga cair, angkat dan biar hingga suam.
Campurkan kedua-dua bahan ini apabila telah suam.
Susun roti merries selapis di dalam bekas kesukaan anda.
Ambil satu senduk bahan cecair tadi dan tuangkan keatas roti.
Ulang cara 7 & 8 hingga semua roti dan bahan cecair tadi habis.
Masukkan sebentar (20 minit) ke dalam peti ais, biar beku dan sejuk.
Keluarkan adunan tadi dan tekan rata-rata agar ianya rapat dan masukkan kembali ke dalam peti ais.
Apabila hendak makan, keluarkan dan potong kecil-kecil mengikut kesukaan anda.