Saturday, November 10, 2007

Biskut Batik Rupawan

Bahan2:
1 Bungkus Biskut Merries
3 Camca Marjerin
½ Cawan Koko
1 ½ Cawan Milo
1 Tin Susu Cair
200 gram gula pasir

Cara2:
Campurkan koko dan milo bersama susu cair dan gula.
Masak di atas api yang perlahan
Kacau jangan berhenti dan bila gula telah cair, tutup api.
Letak ditepi.
Panaskan kuali dan masak marjerin hingga cair, angkat dan biar hingga suam.
Campurkan kedua-dua bahan ini apabila telah suam.
Susun roti merries selapis di dalam bekas kesukaan anda.
Ambil satu senduk bahan cecair tadi dan tuangkan keatas roti.
Ulang cara 7 & 8 hingga semua roti dan bahan cecair tadi habis.
Masukkan sebentar (20 minit) ke dalam peti ais, biar beku dan sejuk.
Keluarkan adunan tadi dan tekan rata-rata agar ianya rapat dan masukkan kembali ke dalam peti ais.
Apabila hendak makan, keluarkan dan potong kecil-kecil mengikut kesukaan anda.

No comments: