Monday, October 22, 2007

Ayam Bersiram Istimewa

Bahan2:
1 ekor (anggaran 2kg ayam) - dibersihkan dan biarkan seekor

1 batang tebu (30 cm panjang) - dibersihkan dan diketuk

Bahan ini dikisar bersama :
25 btg cili merah
5 biji cili api
1 sd besar jintan manis
5 btg serai
2" kunyit hidup
1" halia
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 pokok bahagian bawah/akar- 1" daun ketumbar
10 biji badam

Bahan lain :
4 sd besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun kunyit - dicarik
2/3 cawan gula
1.5 liter santan pekat
1 sd besar garam
1 sd besar sos ikan
sedikit serbuk perasa
2 keping asam keping
1 biji jus limau nipis
½ cawan bawang goreng
2 btg serai - diketuk dan diikat

Cara2:
Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing, masukkan santan, asam keping dan garam, serbuk perasa.
Kacau sebentar baru masukkan daun kunyit dan sos ikan.
Kemudian masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan ayam 3/4 masak.
Padamkan api dan tuangkan jus limau. Kacau sebati.
Panaskan oven suhu 180C dan sediakan besi pemanggang dan alasi dulang pembakar dengan kertas foil.
Angkat ayam dengan cermat dan cucuk dari perutnya tebu yang sudah diketuk hingga tembus bahagian lehernya.
Sematkan besi pemanggang dan panggang ayam.
Sementara itu masukkan bawang goreng pada kuah yang tinggal dan renih hingga pekat. Ambil separuh daripada kuah tersebut.
Renjis kuah dengan menggunakan serai yang sudah diketuk dan diikat pada ayam setiap 10 minit, tadah cairan cairan ayam pada kertas foil.
Pastikan bahagian perut ayam juga direnjis dengan kuah tadi.
Apabila ayam sudah mula garing (tempoh membakar lebih kurang 1 jam) dan cantik kuningnya, bolehlah diangkat dan siram baki kuah. Hidangkan.

Tambahan:
Boleh dibakar dengan menggunakan api arang atau open grill.
Boleh dipanggang tanpa menggunakan tebu.
Cairan ayam yang jatuh atas kertas foil boleh dikumpulkan dan campur kembali dalam baki kuah sebelum disiramkan ke atas ayam yang baru dipanggang.

No comments: