Monday, October 22, 2007

Ayam Bersiram Istimewa

Bahan2:
1 ekor (anggaran 2kg ayam) - dibersihkan dan biarkan seekor

1 batang tebu (30 cm panjang) - dibersihkan dan diketuk

Bahan ini dikisar bersama :
25 btg cili merah
5 biji cili api
1 sd besar jintan manis
5 btg serai
2" kunyit hidup
1" halia
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 pokok bahagian bawah/akar- 1" daun ketumbar
10 biji badam

Bahan lain :
4 sd besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun kunyit - dicarik
2/3 cawan gula
1.5 liter santan pekat
1 sd besar garam
1 sd besar sos ikan
sedikit serbuk perasa
2 keping asam keping
1 biji jus limau nipis
½ cawan bawang goreng
2 btg serai - diketuk dan diikat

Cara2:
Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing, masukkan santan, asam keping dan garam, serbuk perasa.
Kacau sebentar baru masukkan daun kunyit dan sos ikan.
Kemudian masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan ayam 3/4 masak.
Padamkan api dan tuangkan jus limau. Kacau sebati.
Panaskan oven suhu 180C dan sediakan besi pemanggang dan alasi dulang pembakar dengan kertas foil.
Angkat ayam dengan cermat dan cucuk dari perutnya tebu yang sudah diketuk hingga tembus bahagian lehernya.
Sematkan besi pemanggang dan panggang ayam.
Sementara itu masukkan bawang goreng pada kuah yang tinggal dan renih hingga pekat. Ambil separuh daripada kuah tersebut.
Renjis kuah dengan menggunakan serai yang sudah diketuk dan diikat pada ayam setiap 10 minit, tadah cairan cairan ayam pada kertas foil.
Pastikan bahagian perut ayam juga direnjis dengan kuah tadi.
Apabila ayam sudah mula garing (tempoh membakar lebih kurang 1 jam) dan cantik kuningnya, bolehlah diangkat dan siram baki kuah. Hidangkan.

Tambahan:
Boleh dibakar dengan menggunakan api arang atau open grill.
Boleh dipanggang tanpa menggunakan tebu.
Cairan ayam yang jatuh atas kertas foil boleh dikumpulkan dan campur kembali dalam baki kuah sebelum disiramkan ke atas ayam yang baru dipanggang.

Ayam Bakar

Bahan2:
1 ekor ayam muda
Sedikit minyak
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris halus)
½ cawan lobak merah diparut
Hati ayam dipotong nipis
¼ cawan badam (digiling)
3 ¼ cawan tairu
1 camca besar ketumbar-digiling
3 ulas bawang putih- digiling
1 camca kecil garam-digiling
Sedikit air limau nipis

Cara2:
Ayam dibersihkan dan ditoskan, cucukkan dengan garpu.
Gaulkan ayam bersama bahan giling dan perapkan selama 20 minit.
Panaskan minyak, tumiskan bawang, hati ayam dan lobak merah, masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan bahan ini ke dalam perut ayam.
Pukul tairu bersama badam hingga sebati.
Bakar ayam selama 1 1/4 jam sambil direnjis-renjiskan tairu tadi pada ayam.

Asam Pedas Ayam Daun Pudina

Bahan2:
1 ekor ayam (potong 8)
5 biji buah keras (dikisar)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 tangkai cili merah (dikisar)
2 labu bawang besar
4 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
2 biji tomato
2 biji terung
5 batang bendi
2 kelopak lobak masin
Sedikit air asam jawa
4 keping asam keping
3 ikat daun kesum
4 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula & garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak, tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Apabila telah wangi, masukkan air asam jawa, asam keping, daun kesum & daun pudina. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Masukkan garam
& gula secukup rasa, masak ayam hingga naik bau.
Apabila ayam sudah hampir setengah masak masukkan terung, kemudian
masukkan bendi, lobak masin, lebihan daun pudina & akhir sekali taburkan bunga kantan di atasnya.

Flan Epal

Bahan2:
200 gm tepung gandum
100 gm mentega
Secubit garam
Sedikit air sejuk
Gaul tepung gandum dengan sedikit air hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan mentega dan gaul hingga lembut.

Bahan-bahan isi:
6 biji epal (dibuang kulit dan hiris setebal 1 cm)
60 gm gula kastor
1 sudu besar kepingan badam
½ sudu teh rempah campuran
50 gm mentega

Cara2:
Canai pastri setebal 2 cm.
Gunakan untuk melapik dasar dan tepi acuan kek bulat berukuran 10 cm.
Dengan menggunakan garpu, tekan tepi pastri.
Sejukkan selama setengah jam di dalam peti sejuk.
Sementara itu masukkan bahan isi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit atau hingga epal lembut.
Sejukkan sebentar. Tuang ke dalam pastri.
Hias bahagian atas flan dengan lebihan pastri. Bakar selama 35 minit.

Dadih Bersama Almond Dan Madu

Bahan2:
2 cawan dadih
20 gm kepingan almond
3 sudu makan madu
30 gm kismis

Cara2:
Goreng dgn sedikit minyak kepingan almond dengan madu sehingga kepingan almond menjadi rapuh dan jangan sampai madu dan almod hangus.
Masukan dadih kedalam mangkuk dan masukkan almond yang digoreng bersama madu tadi diatasnya.
Masukkan kedalam chiller,dan dihidang sejuk.

Banana Egg Roll

Bahan2:
2 biji pisang berangan
2 keping kulit popiah
2 gm serbuk kulit manis
8 gm gula
1 biji kuning telur
20 gm gula merah
55 gm aiskerim
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)

Cara2:
Kopek kulit pisang.
Campurkan serbuk kayu manis dan gula.
Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas pisang.
Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas pisang.
Bentangkan kulit popiah dan letakkan pisang, kemudian gulung.
Letakkan kulit popiah dengan menggunakan kuning telur.
Panaskan minyak dan goreng pisang yang telah digulung.
Hidangkan bersama-sama aiskrim.