Tuesday, December 4, 2007

Mi Soto Bebola Daging

Bahan2:
Bahan(A) untuk bebola daging :
3 keping daging burger (dilenyek)
4 biji ubi kentang (direbus & dilenyek)
4 biji bawang kecil (dimayang halus)
1 pokok daun sup (dimayang halus)
4 sudu tepung jagung
garam secukup rasa
500g ayam (bahagian dada)
4 biji bawang kecil (dikisar)
4 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu rempah sup
1 pokok daun sup
2 sudu bawang goreng
300 gm tauge
300 gm bihun
2 paket nasi impit segera
minyak untuk menggoreng

Cara2:
Rebus ayam hingga setengah masak. Toskan ayam dan ketepikan air rebusannya.
Gaul semua bahan A dan buat bulat2 sebesar duit 50 sen.
Goreng bebola daging tersebut sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula dada ayam (lebihan rebus tadi) sehingga masak.
Angkat dan carikkan daging ayam tersebut.
Celur taugeh dan bihun. Tos dan ketepikan.
Rebus nasi impit sehingga masak. Tos dan tunggu hingga sejuk sebelum potong.
Untuk membuat sup, goreng semua bahan kisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi serta rempah sup.
Tunggu hingga mendidih. Tabut daun sup dan bawang goreng.

Mi Serbanika

Bahan2:
½ ekor ayam (dihiris enam ketul dan direbus)
1000 ml air
75 ml sos cili
1 camca besar madu
600 gm mi kuning (dicelur)
200 gm tauge (dicelur)
200 gm kubis (dihiris halus)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
6 biji bawang merah (digoreng garing)

Bahan-bahan dikisar dengan 250 ml air:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
3 camca besar kerisik
4 biji tomato

Bahan-bahan sambal:
5 biji cili merah
8 - 10 biji padi
3 cm belacan
2 camca besar kicap manis
1 camca besar
Gula
Garam

Cara2:
Tiga ketul ayam, disiat isinya halus-halus.
Kisar baki isi ayam bersama sedikit air rebusan ayam hingga halus.
Jerang ayam kisar tadi bersama air, sos cili, madu dan bahan-bahan dikisar, di dalm periuk, di atas api sederhana hingga ia mendidih dan kuahnya pekat. ketepikan.
Bubuh mi kuning bersama ayam yang disiat, tauge, kubis dan lobak di dalam pinggan serta sambal.
Tuang kuah didalam mangkuk.
Untuk sambal, tumbuk cili merah bersama cili padi dan belacan hingga lumat.
Masukkan kicap manis, cuka, gula dan garam. Kacau hingga ia sebati.
Bubuh sambal di dalam mangkuk kecil.

Mi Yee Sizzling & Ayam

Bahan2:
Bahan Sos:
3 cawan stok ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah
1 keping mi yee
80 gm daging ayam
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah

Cara2:
Mi dicelur dalam air mendidih. Angkat & toskan.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing.
Masukkan stok ayam, sos tiram, minyak bijan, garam & lada sulah.
Apabila mendidih, masukkan tepung jagung & kacau hingga kuah pekat.
Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam.
Masukkan sayur-sayuran & sos pekat tadi.
Masukkan mi yee & masak selama 2 minit.
Pecahkan telur & biarkan mendidih.
Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas.
Masukkan mi yee tadi & hidangkan

Mihun Goreng

Bahan2:
600 gm mihun (dicelur)
200 gm udang
100 gm tauge
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 paket uadang kering (ditumbuk)
2 keping tauhu goreng
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun bawang (dihiris)
2 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya

Cara2:
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing.
Masukkan cili kisar & udang kering.
Goreng selama 2 minit.
Kemudian masukkan udang & garam.
Biarkan sekejap.
Akhir sekali, masukkan mihun, tauge, tauhu & daun bawang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masak sealam 5 minit.

Bihun Soto

Bahan2:
1 ekor ayam (jangan dipotong)
1 bungkus mihun (dicelur)
20 ketul bergedel
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
200 gm tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
2 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.

Yee Mee Kantonis

Bahan2:
1 bungkus yee me
200 gm udang basah
250 gm ayam (dihiris)
150 gm fish cake
30 gm bawang putih (dicincang)
100 gm sawi
½ cawan tepung jagung
5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
Garam
10 gm halia (dihiris)
1 cawan air rebusan ayam

Cara2:
Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.
Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake. Masukkan air rebusan ayam bersama bahan perasa.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
Campurkan sawi, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur.
Tutup api dan kacau. Tuang kuah ke atas mi dan sedap dimakan panas-panas.

Sunday, December 2, 2007

Puding Sum Sum Lemak Manis

Bahan2:
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung beras
7 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Untuk sirap:
2 cawan gula pasir
1 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah

Cara2:
Campurkan tepung jagung dan tepung beras ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. Buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan santan perlahan-lahan, sambil mengacau adunan supaya tidak bergentel.
Tuangkan santan hingga habis.
Kemudian masukkan garam dan daun pandan.
Jerang adunan tadi di atas api perlahan sambil kacau.
Teruskan mengacau hingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk seketika hingga beku.
Sementara itu, masukkan gula pasir, air, bunga cengkih, daun pandan dan pewarna merah ke dalam bekas berasingan dan jerang hingga pekat.
Sejukkan. Keluarkan puding sumsum daripada acuan dan tuangkan sirap di atasnya. Hidangkan sejuk.

Puding Tembikai Susu

Bahan2:
20 gm agar-agar
1 liter susu cair
200 gm gula
500 gm jus tembikai susu
2 helai daun pandan
500 ml air
Sedikit cendol
Sedikit parutan agar-agar merah

Cara2:
Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih & hancur.
Setelah mendidih campurkan susu cair, gula, jus tembikai susu & daun pandan.
Setelah masak, padamkan api.
Masukkan cendol & parutan agar-agar.
Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.
Biarkan sejuk, angkat & hidangkan.

Puding Ubi Kentang

Bahan2:
1 paket agar-agar
3 gelas air
1 ½ cawan gula
3 ketul ubi kentang (direbus & ditumbuk hingga lumat)
1 tin susu cair
1 biji telur ayam

Cara2:
Masak agar-agar bersama gula hingga hancur.
Sementara itu, masukkan susu cair dan telur ke dalam mangkuk yang berisi kentang yang telah ditumbuk lumat.
Kacau hingga tiada yang berketul.
Masukkan kentang ke dalam agar-agar tadi.
Kacau atas api yang kecil buat seketika.
Angkat dan tuang ke dalam loyang.

Puding Triffle

Bahan2:

Bahan A
300ml susu sejat
500ml air
3 biji telur
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
1 peket agar-agar
6 sudu besar tepung kastard

Bahan B
1 peket serbuk jelly(perisa pilihan)
200ml air
2 sudu besar gula
2 sudu serbuk agar-agar

Bahan C
1 Kek gulung
1 tin buahan campuran

Cara2:
Potong kek gulung dan penuhkan bekas loyang sebagai lapisan pertama.
Ketepikan bekas loyang.

Untuk bahan (A)
Masakkan agar-agar sehingga kesemuanya cair.
Masukkan gula dan biarkan di atas dapur dengan api kecil.
Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air sejuk teruskan pukul sehingga kembang.
Masukkan susu sejat,mentega dan esen vanila kedalam agar-agar.
Kacau sebati dan masukkan adunan telur dan kastard yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.
Adunan hendaklah sentiasa dikacau sehingga masak.
Setelah masak, tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi sebagai lapisan kedua dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk dan mengental, taburkan buah-buahan campuran (yang telah diasingkan dari sirapnya terlebih dahulu).Ketepikan.

Bahan (B)
Seterusnya bancuh serbuk jelly dengan sirap dari buah-buahan dalam tin tadi.
Masakkan atas dapur dan masukkan semua bahan B.
Selepas mendidih, tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan ke tiga.
Biarkan sejuk dan mengental.

White Chocolate Date Mousse

Bahan2:
1 biji telur
1 biji kuning telur
25 gm gula
175 gm white couverture chocolate - dicairkan
2 gm gelatin - dicairkan
25 gm kurma - dipotong kecil
250 gm krim putar
100 gm kurma - dibuang bijinya
80 gm krim

Cara2:
Pukul telur, kuning telur dan gula.
Masukkan coklat, pukul dengan perlahan campurkan gelatin.
Masukkan kurma potong, pukul lagi dan masukkan krim dan dan krim putar.
Tuangkan adunan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam.
Hias manisan dengan kurma yang dibuang biji sebelum dihidangkan.

Trifle Best

Bahan2:
1 kek gulung/swiss roll
1 tin cocktail
1 kotak jeli kristal

Untuk Custard:
2 sudu besar tepung custard (bird custard)
1 tin susu cair ideal
2-3 sudu besar gula
sirap dlm tin cocktail

Cara2:
Potong kek gulung dan susun di dlm bekas.
Asingkan buah dlm tin dan sirapnya.
Custard dicampur dgn sdikit air dan dikacau.Susu cair dimasak atas api perlahan.
Campurkan custard tadi,gula, dan sirap cocktail sambil kacau supaya tak berketul.
Kacau hingga agak pekat.
Tutup api dan biarkan sejuk dlm 1-2minit.
Tuang atas kek gulung tadi sebagai lapisan ke2.
Susun cocktail atas lapisan custard.
Jeli kristal dimasak dan selepas disejukkan 1-2minit,tuang ke dalam bekas sebagai lapisan paling atas.
Sejukkan dalam fridge selame 2-3jam.