Tuesday, December 4, 2007

Mi Serbanika

Bahan2:
½ ekor ayam (dihiris enam ketul dan direbus)
1000 ml air
75 ml sos cili
1 camca besar madu
600 gm mi kuning (dicelur)
200 gm tauge (dicelur)
200 gm kubis (dihiris halus)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
6 biji bawang merah (digoreng garing)

Bahan-bahan dikisar dengan 250 ml air:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
3 camca besar kerisik
4 biji tomato

Bahan-bahan sambal:
5 biji cili merah
8 - 10 biji padi
3 cm belacan
2 camca besar kicap manis
1 camca besar
Gula
Garam

Cara2:
Tiga ketul ayam, disiat isinya halus-halus.
Kisar baki isi ayam bersama sedikit air rebusan ayam hingga halus.
Jerang ayam kisar tadi bersama air, sos cili, madu dan bahan-bahan dikisar, di dalm periuk, di atas api sederhana hingga ia mendidih dan kuahnya pekat. ketepikan.
Bubuh mi kuning bersama ayam yang disiat, tauge, kubis dan lobak di dalam pinggan serta sambal.
Tuang kuah didalam mangkuk.
Untuk sambal, tumbuk cili merah bersama cili padi dan belacan hingga lumat.
Masukkan kicap manis, cuka, gula dan garam. Kacau hingga ia sebati.
Bubuh sambal di dalam mangkuk kecil.

No comments: