Tuesday, December 4, 2007

Yee Mee Kantonis

Bahan2:
1 bungkus yee me
200 gm udang basah
250 gm ayam (dihiris)
150 gm fish cake
30 gm bawang putih (dicincang)
100 gm sawi
½ cawan tepung jagung
5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
Garam
10 gm halia (dihiris)
1 cawan air rebusan ayam

Cara2:
Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.
Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake. Masukkan air rebusan ayam bersama bahan perasa.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
Campurkan sawi, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur.
Tutup api dan kacau. Tuang kuah ke atas mi dan sedap dimakan panas-panas.

No comments: