Tuesday, December 4, 2007

Bihun Soto

Bahan2:
1 ekor ayam (jangan dipotong)
1 bungkus mihun (dicelur)
20 ketul bergedel
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
200 gm tauge
Garam & air secukupnya.

Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
2 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)

Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.

1 comment:

telor mata kerbau said...

Assalamualaikum

nak tumpang tanya. kalau nak buat mihun soto untuk 30 org, agaknya berapa ekor ayam yang diperlukan untuk dicarik isinya?