Sunday, December 2, 2007

Puding Triffle

Bahan2:

Bahan A
300ml susu sejat
500ml air
3 biji telur
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
1 peket agar-agar
6 sudu besar tepung kastard

Bahan B
1 peket serbuk jelly(perisa pilihan)
200ml air
2 sudu besar gula
2 sudu serbuk agar-agar

Bahan C
1 Kek gulung
1 tin buahan campuran

Cara2:
Potong kek gulung dan penuhkan bekas loyang sebagai lapisan pertama.
Ketepikan bekas loyang.

Untuk bahan (A)
Masakkan agar-agar sehingga kesemuanya cair.
Masukkan gula dan biarkan di atas dapur dengan api kecil.
Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air sejuk teruskan pukul sehingga kembang.
Masukkan susu sejat,mentega dan esen vanila kedalam agar-agar.
Kacau sebati dan masukkan adunan telur dan kastard yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.
Adunan hendaklah sentiasa dikacau sehingga masak.
Setelah masak, tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi sebagai lapisan kedua dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk dan mengental, taburkan buah-buahan campuran (yang telah diasingkan dari sirapnya terlebih dahulu).Ketepikan.

Bahan (B)
Seterusnya bancuh serbuk jelly dengan sirap dari buah-buahan dalam tin tadi.
Masakkan atas dapur dan masukkan semua bahan B.
Selepas mendidih, tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan ke tiga.
Biarkan sejuk dan mengental.

No comments:

Others Recipes