Sunday, December 2, 2007

Puding Sum Sum Lemak Manis

Bahan2:
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung beras
7 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Untuk sirap:
2 cawan gula pasir
1 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah

Cara2:
Campurkan tepung jagung dan tepung beras ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. Buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan santan perlahan-lahan, sambil mengacau adunan supaya tidak bergentel.
Tuangkan santan hingga habis.
Kemudian masukkan garam dan daun pandan.
Jerang adunan tadi di atas api perlahan sambil kacau.
Teruskan mengacau hingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk seketika hingga beku.
Sementara itu, masukkan gula pasir, air, bunga cengkih, daun pandan dan pewarna merah ke dalam bekas berasingan dan jerang hingga pekat.
Sejukkan. Keluarkan puding sumsum daripada acuan dan tuangkan sirap di atasnya. Hidangkan sejuk.

No comments: