Tuesday, December 4, 2007

Mi Yee Sizzling & Ayam

Bahan2:
Bahan Sos:
3 cawan stok ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah
1 keping mi yee
80 gm daging ayam
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah

Cara2:
Mi dicelur dalam air mendidih. Angkat & toskan.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing.
Masukkan stok ayam, sos tiram, minyak bijan, garam & lada sulah.
Apabila mendidih, masukkan tepung jagung & kacau hingga kuah pekat.
Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam.
Masukkan sayur-sayuran & sos pekat tadi.
Masukkan mi yee & masak selama 2 minit.
Pecahkan telur & biarkan mendidih.
Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas.
Masukkan mi yee tadi & hidangkan

No comments: