Saturday, November 17, 2007

Tandoori Chicken

Bahan2:
700g ketul ayam dikelar
3 camca besar yogurt
2 camca teh minyak sapi
2 biji limau nipis
2 labu bawang merah
1 packet perencah ayam tandoori maggi

Cara2:
Perapkan ayamdengan perencah maggi selama 30 minit.
Sapukan minyak sapi keatas ayam dan panggang dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celsius selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
Hidangkan denganbawang yang dipotong bulat dan limau nipis yang dipotong berbaji.

Soto Deli

Bahan2:
200 gm tauge, dicelur
4 biji kentang, dihiris dan digoreng
3 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
1 cawan santan
Bawang goreng
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun salam
2 batang serai, dititik
10 biji bawang merah, rempah giling
6 ulas bawang putih, rempah giling
8 biji buah keras, rempah giling
3 sm cabe, rempah giling
2 sm kunyit hidup, rempah giling
1 camca sedang lada hitam, rempah giling
1 camca sedang ketumbar, rempah giling
2 cm lengkuas, rempah giling

Cara2:
Ayam direbus dan dagingnya disiat-siat.
Airnya diketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis rempah giling hingga wangi.
Masukkan daging ayam.
Kacau hingga rata.
Masukkan air rebusan ayam, santan, daun salam, serai dan garam.
Kacau lagi hingga sebati.
Biar hingga mendidih baru diangkat.
Ketika menghidang letakkan nasi impit, bergedel, tauge, kentang goreng, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Kemudian tuangkan kuah.

Sweet and Sour Chicken

Bahan2:
Marinade
1 tablespoon light soy sauce
Half teaspoon kosher salt
1 teaspoon oriental sesame oil
1 tablespoon corn oil
1 garlic clove
1 Cup assorted vegetables, such as sliced peppers, carrots,sliced water chestnuts

Sauce
4 tablespoons sugar
4 tablespoons distilled white vinegar
2 tablespoons soy sauce
Half Cup Chicken Broth
1 tablespoon cornstarch

Batter
Half cup all purpose four
Half-cup cornstarch
Half teaspoon salt
2 teaspoons baking powder

2/3 Cup cold water, approximately
2 cups corn oil for frying
half Cup pineapple chunks or lychee

Cara2:
Using a sharp knife, loosen the skin, meat and cartilage from the narrow end of each chicken wing.
Pull the meat back over the meatier end, turning the skin inside out and exposing the meat on the inside so wing looks like a lollipop.
In a bowl combine the marinade ingredients, add the chicken and let stand for 20 minutes.
Heat the tablespoon of corn oil in a medium saucepan and toss in the garlic and vegetables.
Stir-fry with a wooden spoon for 2 minutes, then turn off the heat.
Discard the garlic.
Combine the sauce ingredients and stir into the saucepan mixture.
Place the saucepan near the stove, to be cooked later.
In a bowl mix the batter ingredients until smooth.
Heat the 2 cups of oil in a wok to about 325_ F.
While the oil is heating, remove 1 tablespoon of warm oil from the wok and stir it into the batter.
Dip each wing into the batter and deep fry as many pieces as will float freely until golden brown, crisp and cooked, about 5 or 6 minutes.
Turn once or twice while frying so the pieces fry evenly.
Remove and drain. The chicken can be kept warm on a rack over a shallow baking pan in a 180_ F. oven.
Continue the procedure until all the chicken is fried.
When the chicken is almost finished frying, restir the sauce to dissolve the cornstarch.
Place saucepan over medium heat and, while stirring, boil until the sauce thickens and becomes clear.
Stir in the fruit and turn off the heat.
Place the chicken on a large serving dish.
Pour the sauce with the vegetables and fruit over it, and serve immediately.

Tuesday, November 13, 2007

Pengat Labu

Bahan2:
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm labu yang dipotong dadu (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara2:
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji & daun pandan.
Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, labu & santan pekat.
Biarkan mendidih selama 2 minit & hidangkan.

Sum Sum Berlauk

Bahan2:
1 gelas tepung jagung
3 gelas air
2 biji telur
3 camca sedang minyak sapi
10 biji bawang merah, digoreng
150 gm udang kering, dikisar
1 camca sedang serbuk lada sulah
10 biji bawang merah, dikisar
2 tangkai daun sup/daun bawang
3 tangkai cili hijau, dipotong dadu
3 tangkai cili merah, dipotong dadu
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2:
Tepung jagung dikacau bersama air diatas api hingga separuh masak.
Masukkan bawang merah, telur dan udang kering, minyak sapi, garam, serbuk lada sulah, serbuk perasa, cili hijau, cili merah, daun sup/daun bawang dan bawang goreng.
Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan mengikut suka.

Serawa Nangka

Bahan2:
00 gm isi nangka, potong memanjang
300 gm gula pasir
500 ml gula melaka, cair
1 biji kelapa, ambil santan
1 liter air
1 helai daun pandan
Ais parut secukupnya

Cara2:
Panaskan air dan masukkan nangka, biarkan mendidih dan nangka masak.
Kemudian panaskan santan, gula pasir dan daun pandan.
Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat.
Masukkan nangka ke dalam mangkuk, tuangkan santan, kemudian taburkan ais parut dan gula melaka di atasnya.

Monday, November 12, 2007

Tiramisu

Bahan2:
500 gm keju mascapone
250 gm krim putar
3 butir putih telur
3 keping kek span
50 ml nescafe (dicairkan)
100 gm gula pasir
5 keping gelatin sayur-sayuran

Cara2:
Putar telur dan gula sehingga kembang dan asingkan.
Masukkan krim dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan keju, gelatin yang telah dicairkan dan nescafe dan kacau hingga mesra.
Ambil acuan dan letakkan lapisan pertama kek span di bahagian bawah dan tuangkan campuran krim ke atasnya, letak lapisan kek span kedua dan tuangkan campuran krim dan ulangi sehingga kek span habis.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku semalaman.

Yogurt Beri Hitam

Bahan2:
1 biji kek (saiz kecil)
200 gm yogurt beri hitam
100 gm gula aising
1 biji lemon (diparut kulitnya)
250 gm krim putar
16 gm serbuk gelatin

Cara2:
Panaskan gula aising dengan yogurt beri hitam sehingga gula larut.
Masukkan kulit lemon yang diparut, kacau hingga rata.
Biarkan sejuk baru dimasukkan krim putar & gelatin.
Kacau hingga sebati & tuangkan ke atas kek. Hias sesuka hati.

Sup Wantan Simple

Bahan2:
Daging ayam
1 peket kulit wantan (boleh didapati di pasaraya)
Sawi
Tepung jagung
Bawang merah
Bawang putih
Air
Garam
Ajinomoto
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup

Cara2:
Inti:
Cincang daging ayam hingga lumat, kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
Ambilkan sedikit daging ayam cincang, letakkan di hujung kulit wantan, dan lipat.

Sup:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan air dan wantan berisi daging ayam cincang, masak hingga wantan terapung-apung di atas air.
Masukkan sayur sawi yang sudah di hiris.
Tambahkan sedikit garam, ajinomoto, dan lada sulah hingga cukup rasa.
Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup yang telah dihiris halus.

Sup Zuchini

Bahan2:
100 ml minyak zaitun
30 gm bawang
5 gm bawang putih
150 ml stok ayam
150g zuchini
20 gm lada hitam
200 ml krim

Bahan ramuan untuk stok ayam:

1 kg tulang ayam
2 keping daun bay
10 gm lada hitam
20 gm parsley
100 gm daun seladeri
100 gm bawang bakung
250 gm bawang
100 gm lobak merah

Cara2:
Masukkan minyak ke dalam periuk dan goreng bawang serta bawang putih.
Masukkan zuchini. Tambahkan stok ayam dan masak sehingga zuchini masak. Hidangkan dengan krim, garam dan lada hitam.
Bagi cara membuat stok ayam, panaskan minyak sehingga 260F. Masukkan daun bawang bakung, bawang dan lobak merah.
Masukkan daun bay, tulang ayam dan air, dan masak. Kecilkan api dan renih.
Masukkan parsley, lada hitam dan renih selama 30 minit.

Salad Telur Dan Kentang

Bahan2:
3 biji kentang, direbus dan dipotong dadu
3 biji telur, direbus dan dipotong nipis, untuk hiasan
1 biji bawang besar, dimayang
1 tangkai cili merah, dimayang
1 cawan salad dressing
Garam secukupnya

Cara2:
Satukan semua bahan.
Gaul hingga sebati.

Salad Kelapa

Bahan2:
1 tin besar cocktail delmonte(dibuang airnya)
5 biji kelapa muda yang sedang
2 tin kecil nenas bulat (dipotong-potong)
1 tin susu pekat
1 tin susu cream
1 kotak krismis kuning
sedikit garam

Cara2:
Ambil isi kelapa muda dan dihiris halus-halus.
Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam tupperware.
Kemudian masukkan kedalam peti sejuk bahagian atas.
Salad ini sedap di makan sebagai pencuci mulut.
Sebelum mahu makan.Keluarkan salad ini terlebih dahulu dari peti sejuk,supaya bila makan nanti,tidak terlalu keras.