Monday, November 12, 2007

Sup Wantan Simple

Bahan2:
Daging ayam
1 peket kulit wantan (boleh didapati di pasaraya)
Sawi
Tepung jagung
Bawang merah
Bawang putih
Air
Garam
Ajinomoto
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup

Cara2:
Inti:
Cincang daging ayam hingga lumat, kemudian gaul dengan sedikit tepung jagung.
Ambilkan sedikit daging ayam cincang, letakkan di hujung kulit wantan, dan lipat.

Sup:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan air dan wantan berisi daging ayam cincang, masak hingga wantan terapung-apung di atas air.
Masukkan sayur sawi yang sudah di hiris.
Tambahkan sedikit garam, ajinomoto, dan lada sulah hingga cukup rasa.
Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup yang telah dihiris halus.

No comments: