Tuesday, November 13, 2007

Sum Sum Berlauk

Bahan2:
1 gelas tepung jagung
3 gelas air
2 biji telur
3 camca sedang minyak sapi
10 biji bawang merah, digoreng
150 gm udang kering, dikisar
1 camca sedang serbuk lada sulah
10 biji bawang merah, dikisar
2 tangkai daun sup/daun bawang
3 tangkai cili hijau, dipotong dadu
3 tangkai cili merah, dipotong dadu
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2:
Tepung jagung dikacau bersama air diatas api hingga separuh masak.
Masukkan bawang merah, telur dan udang kering, minyak sapi, garam, serbuk lada sulah, serbuk perasa, cili hijau, cili merah, daun sup/daun bawang dan bawang goreng.
Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan mengikut suka.

No comments: