Thursday, November 22, 2007

Talam Lapis Mambo Pisang

Bahan2:
200 gm tepung kanji
250 gm tepung beras
300 gm gula
1,500 cc santan pekat
1 camca teh garam
6 biji pisang raja, dipotong memanjang
50 cc air pandan
½ camca teh kapur
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara2:
Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau hingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan tiga bahagian, 8 cawan adunan biarkan putih, 2 cawan adunan diwarnakan merah dan 2 cawan diwarnakan hijau.
Mula-mula kukus selapis adunan warna putih dan diatur pisang, hingga masak.
Setelah masak kukus lagi selapis putih menjadikan dua lapis putih. Kemudian tuang lapisan hijau dan kukus sehingga masak(satu lapis hijau).
Apabila masak, kukus dua lagi lapisan putih seperti mula-mula tadi, diatur hirisan pisang.
Kukus hingga masak.
Setelah masak tuangkan selapis hijau diikuti dua lapis lagi putih.
Akhir sekali tuang warna merah-dua lapis. Kukus hingga masak.
Peringatan: Gunakan loyang berukuran 27.94sm.
Setiap lapisan putih diatur pisang yang dipotong memanjang.

Talam Keledek

Bahan2:
300 gm keledek (direbus dan dilecek halus)
230 gm gula
70 gm tepung ubi
35 gm tepung beras
1 sudu teh garam
50 gm tepung beras boh
300 ml santan pekat
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
80 mg tepung ubi
30 gm tepung beras
2 sudu teh garam
½ sudu teh esen vanila
30 gm tepung beras boh
450 ml santan cair

Cara2:
Satukan semua Bahan A dan bancuh hingga sebati. Ketepikan.
Untuk Bahan B, bancuh kesemuanya hingga sebati.
Susun acuan kuih lompang di dalam kukusan.
Tuang adunan Bahan A, separuh acuan dan kukus 15 minit.
Apabila masak, tuang separuh lagi adunan Bahan B dan kukus 12 minit atau sehingga masak.

Tepung Bungkus Juita

Bahan2:
Bahan-bahan inti:
½ biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
4 sudu besar tepung pulut
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
Daun pisang

Cara2:
Kelapa dimasak bersama gula melaka hingga kering.
Bulat-bulatkan dan golekkan di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam.
Kacau hingga separuh masak.
Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.
Letakkan tiga biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.

Tepung Gomak Kelantan

Bahan2:
300 gm tepung beras pulut
½ biji kelapa parut yang telah dibuang kulit arinya
Gula secukup manis
Air secukup adunan

Cara2:
Kelapa dimasak dengan air sehingga mendidih setelah itu masukkan gula sambil dikacau-kacaukan lagi sehingga rata.
Bila gula telah larut masukkan tepung pulut sedikit-sedikit ke dalam campuran air gula dan dikacau sehingga adunan dapat dibentuk.
Kemudian angkat adunan dan bentukkan bulat-bulat.
Setelah itu golekkan sehingga rata di atas sedikit tepung pulut.
Buat begini semuanya sehingga adunan selesai digunakan.
Setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Tepung Pelita Perdana

Bahan2:
1 ½ cawan tepung beras
300 gram gula
½ cawan air daun pandan
3 gelas santan
4 cawan air
5 cawan air panas
Sedikit kapur

Cara2:
Campurkan satu cawan tepung beras dengan empat cawan air dan kacau rata.
Bahagi dua.
Satu bahagian dimasukkan air daun pandan dan air kapur.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan lima cawan air panas.
Gaul kedua-duanya apabila sejuk.
Masukkan sesudu teh gula ke dalam bekas persegi dibuat daripada daun pandan dan adunan tepung tadi.
Kukus hingga masak.
Campur santan dengan setengah cawan tepung beras dan masak hingga mendidih.
Masukkan ke dalam bekas pandan yang dimasak dengan tepung tadi.
Kukus semula hingga masak.

Tepung Pelita Lagi Simple

Bahan2:
2 cawan Tepung Jagung
4 cawan air
4 cawan santan (tak kisah pekat/cair)
1 cawan Gula
Pewarna Hijau
Sedikit Garam
Daun pandan (bentukkan 4 segi)

Cara2:
Untuk Lapisan Bawah:
Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau.
Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan.
Biarkan sejuk.

Untuk Lapisan Atas:
Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam.
Sentiasa kacau sehingga pekat.
Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk.

Wednesday, November 21, 2007

Roselle Chocolate Chips

Bahan2:
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
½ cawan padat gula perang
1 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu segar
1 ¾ cawan tepung gandum
¼ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan chocolate chips

Bahan-bahan dicincang:
1 cawan kacang pecan atau walnut
70 gm halwa roselle

Cara2:
Pukul mentega dengan kedua jenis gula hingga gebu, masukkan telur, serbuk koko dan susu segar.
Di mangkuk lain satukan tepung, soda bikarbonat, walnut, roselle dan chocolate chips. Gaul rata campurkan ke dalam adunan mentega kacau hingga menjadi doh yang lembut. Sudukan ke atas dulang pembakar yang bersapu mentega dan bakar hingga masak.

Segi Empat Strawberi

Bahan2:
250 gm mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 camca teh esen vanila
2 ½ cawan tepung gandum
1 camca besar serbuk penaik
1 camca teh garam
½ cawan jem strawberi

Cara2:
Putar mentega bersama gula halus hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila, kacau rata.
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.
Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan mentega dan uli hingga sebati.
Ambil sepertiga doh sebagai lapisan bawah biskut.
Tekan di dalam tin berukuran 25 cm x 30 cm. Sapu rata jem di atasnya.
Parut kasar baki doh dan tabur di atas lapisan jem.
Bakar selama 35 minit pada suhu 180 darjah Celcius hingga kuning keperangan.
Potong segiempat sebelum disimpan.

Tat Nanas Harum

Bahan2:
Bahan-bahan untuk inti:
4 cawan nanas parut
3 ½ cawan gula
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan untuk kulitnya:
500 gm tepung gandum
300 gm tepung naik sendiri
500 gm mentega
2 biji kuning telur
¼ sudu teh serbuk vanilin

Bahan hiasan:
1 biji kuning telur dipukul sedikit
Bunga cengkih secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Cara2:
Ayak kedua jenis tepung dalam mangkuk adunan.
Masukkan mentega dan gaul sampai berbiji.
Tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit dan campurkan serbuk vanilin.
Uli perlahan. Biarkan selama 15 minit.
Sekiranya adunan terlalu lembut masukkan sesudu tepung gandum dan uli sampai sebati, sepertimana adunan tat biasa.
Ambil sejemput adunan.
Leperkan, masukkan inti dan bentuk seperti nanas.
Gunting atasnya untuk membuat kulitnya.
Cucukkan bunga cengkih sebagai tangkainya.
Sapu telur merah dan isikan dalam mangkuk kertas serta bakar sampai masak.

Rendang Pedas Ayam

Bahan2:
1 ekor ayam
3 biji kelapa (ambil secawan kelapa parut untuk kerisik)
20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
Garam
Minyak untuk menumis

Cara2:
Ayam hendaklah dilayur sebelum disiang.
Potong ikut suka hati.
Cili, bawang, halia, lengkuas digiling halus.
Kelapa diperah & ambil 3 mangkuk santan.
Panaskan minyak & masukkan bahan-bahan tadi sampai naik baunya.
Masukkan santan & masak sampai pekat sedikit.
Kemudian masukkan serai, daun kunyit, ayam & garam.
Kacau selalu supaya tidak melekat sampai ayam empuk.
Bubuh kerisik, kacau sampai kering.

Rendang Ayam Noji

Bahan2:
½ kg ayam
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa
3 camca besar kerisik
1 camca kecil gula
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis
10 tangkai cili kering, digiling
8 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih, digiling
5 biji buah keras, digiling
3 camca kecil ketumbar biji, digiling
1 camca kecil jintan manis, digiling
2 batang serai, digiling
1 sm halia, digiling
1 sm lengkuas, digiling
3 sm kulit kayu manis, ditumis
3 biji buah pelaga, ditumis
3 kuntum bunga lawang, digiling

Cara2:
Ayam dipotong sesuka hati, perap sebentar bahan giling bersama ayam.
Panaskan minyak, tumis bahan penumis kemudian masukkan ayam.
Gaul rata. Setelah itu masukkan santan dan biarkan ia mendidih buat seketika. Masukkan daun kunyit, kerisik, air asam dan garam.
Biarkan seketika baru diangkat.

Rendang Ayam Kampung Lada Hitam

Bahan2:
1 ekor ayam kampung
(dibelah lapan)
1 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
10 biji bawang merah
2 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
½ cawan lada hitam
10 tangkai cili kering
¼ cawan rempah biji

Cara2:
Masukkan ayam dan bahan kisar dalam kuali.
Tambahkan santan cair.
Biar hingga ayam betul2 hempuk/lembut.
Masukkan asam keping. kalau kurang lembut tambah air.
Biar agak kering baru masukkan santan pekat.
Tambah gula dan garam dan biar kering.

Tuesday, November 20, 2007

Singgang Daging

Bahan2:
Sekilo daging lembu
Lengkuas (hiris nipis dan memanjang)
Halia (hiris nipis dan memanjang)
Bawang Merah 10 ulas (hiris)
Bawang Putih 5 ulas (hiris)
5 tangkai cili kering (tumbuk) 3 sudu besar ketumbar (tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Garam secukup rasa
½ sudu kecil gula
Asam keping 4
sedikit penambah perisa (ajinomoto)

Cara2:
Rebus daging hingga empuk.
Masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam rebusan daging tadi.
Masak hingga empuk. Angkat dan hidang.
Cili kering boleh diabaikan jika tak mahu dan boleh diganti dengan cili padi, jika suka pedas.

Steak Daging Senang

Bahan2:
Daging batang pinang ½ kg
2 sudu besar sos lada hitam chef wan
3 sudu besar sos cili gourmet chef wan
1 besar sudu madu

Utk keledek bakar
bersihkan keledek dan grilkan sampai empuk sesekali lumurkan dengan metega.

Kuah black pepper:
1 ulas bawang putih
sedikit mentega utk tumis
sos lada hitam chef wan
sedikit air
garam secukup rasa

Cara2:
Hiris daging setebal lebih kurang 1-1.5 cm.
Gaulkan dengan sos-sos dan madu.
Perap la berapa lama pun, lagi lama lagi ok.
Grill, bbq atau bakar atas kuali.

Untuk kuah:
Bawang putih cincang halus, tumis dengan mentega dan masukkan sos lada hitam chef wan dan air serta garam jika perlu.
Masuk dalam pinggan dan letakkan sos atasnya, bersama keledek yang dibakar dan sayur.

Telur Masak Tempe

Bahan2:
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 biji telur ayam
6 biji cili kering
Sedikit udang kering
1 keping tempe dipotong dan digoreng dahulu
garam
minyak untuk menumis

Cara2:
Tumbuk cili kering, bawang putih , bawang merah dan udang kering.
Tumiskan bahan2 tadi sehinga garing.
Masukkan telur kacau hinga telur menjadi berketul-ketul dan masukan tempe.
Masukan garam.

Telur Rebus Goreng

Bahan2:
1 biji telur
Air untuk merebus
Minyak untuk menggoreng
Sos tomato atau cili

Cara2:
Rebus telur dengan air yang panas.
Setelah siap direbus, tunggu sehingga telur sejuk dan buangkan kulit telur.
Sediakan minyak ke dalam kuali.
Biar ia panas, dan masukkan telur rebus tadi.
Goreng seperti biasa.
Masak sehingga ia kekuningan.
Hidangkan dan makan dengan sos cili atau tomato.

Telur Mata Kerbau Berempah

Bahan2:
4 biji telur ayam (digoreng -mata kerbau)
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang merah (dihiris bulat)
serbuk rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam
2 sudu minyak masak
2 biji cili merah (sebagai hiasan)

Cara2:
Panaskan 2 sudu minyak masak di dalam kuali.
Tumiskan bawang kecil,bawang putih dan halia.
Kemudian, masukkan serbuk rempah kari (yang telah digaul dengan sedikit air).
Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah itu, masukkan 4 biji telur mata kerbau yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul sehingga rempah kari tadi sebati dengan telur.
Akhir sekali, masukkan bawang besar (dipotong bulat) sebagai penambah rasa masakan.
Setelah masak, boleh diletakkan 2 cili merah (dihiris 2) sebagai penyeri masakan.

Telur Puyuh Bungkus Daging Bergedel

Bahan2:
600 gm daging kisar
2 tangkai daun bawang dan daun sup, dicincang halus
3 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 biji ubi kentang (dibuang kulit, dibersih, didadu kecil, direbus dan dikisar halus)
2 camca besar rempah kari
70 gm serbuk roti
Garam
Serbuk lada sulah
1 biji telur (jika perlu)
20 biji telur puyuh (direbus keras)

Bahan untuk menggoreng:
1 biji telur
150 gm serbuk roti
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2:
Gaul semua bahan kecuali telur, telur puyuh dan bahan-bahan menggoreng di dalam mangkuk hingga ia sebati, tidak berderai dan boleh dibentuk bebola (tambah telur jika perlu untuk membentuk bebola).
Bentuk doh bebola sederhana besar.
Masukkan sebiji telur puyuh di dalamnya.
Celup bebola di dalam telur.
Kemudian golekkan ia di dalam serbuk roti.
Buat hingga habis doh.
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Goreng bebola hingga ia garing dan masak.

Others Recipes