Thursday, November 22, 2007

Talam Lapis Mambo Pisang

Bahan2:
200 gm tepung kanji
250 gm tepung beras
300 gm gula
1,500 cc santan pekat
1 camca teh garam
6 biji pisang raja, dipotong memanjang
50 cc air pandan
½ camca teh kapur
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara2:
Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau hingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan tiga bahagian, 8 cawan adunan biarkan putih, 2 cawan adunan diwarnakan merah dan 2 cawan diwarnakan hijau.
Mula-mula kukus selapis adunan warna putih dan diatur pisang, hingga masak.
Setelah masak kukus lagi selapis putih menjadikan dua lapis putih. Kemudian tuang lapisan hijau dan kukus sehingga masak(satu lapis hijau).
Apabila masak, kukus dua lagi lapisan putih seperti mula-mula tadi, diatur hirisan pisang.
Kukus hingga masak.
Setelah masak tuangkan selapis hijau diikuti dua lapis lagi putih.
Akhir sekali tuang warna merah-dua lapis. Kukus hingga masak.
Peringatan: Gunakan loyang berukuran 27.94sm.
Setiap lapisan putih diatur pisang yang dipotong memanjang.

No comments: