Thursday, November 22, 2007

Tepung Gomak Kelantan

Bahan2:
300 gm tepung beras pulut
½ biji kelapa parut yang telah dibuang kulit arinya
Gula secukup manis
Air secukup adunan

Cara2:
Kelapa dimasak dengan air sehingga mendidih setelah itu masukkan gula sambil dikacau-kacaukan lagi sehingga rata.
Bila gula telah larut masukkan tepung pulut sedikit-sedikit ke dalam campuran air gula dan dikacau sehingga adunan dapat dibentuk.
Kemudian angkat adunan dan bentukkan bulat-bulat.
Setelah itu golekkan sehingga rata di atas sedikit tepung pulut.
Buat begini semuanya sehingga adunan selesai digunakan.
Setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

No comments: