Wednesday, November 21, 2007

Rendang Ayam Kampung Lada Hitam

Bahan2:
1 ekor ayam kampung
(dibelah lapan)
1 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
10 biji bawang merah
2 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
½ cawan lada hitam
10 tangkai cili kering
¼ cawan rempah biji

Cara2:
Masukkan ayam dan bahan kisar dalam kuali.
Tambahkan santan cair.
Biar hingga ayam betul2 hempuk/lembut.
Masukkan asam keping. kalau kurang lembut tambah air.
Biar agak kering baru masukkan santan pekat.
Tambah gula dan garam dan biar kering.

No comments: