Thursday, November 22, 2007

Tepung Pelita Lagi Simple

Bahan2:
2 cawan Tepung Jagung
4 cawan air
4 cawan santan (tak kisah pekat/cair)
1 cawan Gula
Pewarna Hijau
Sedikit Garam
Daun pandan (bentukkan 4 segi)

Cara2:
Untuk Lapisan Bawah:
Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau.
Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan.
Biarkan sejuk.

Untuk Lapisan Atas:
Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam.
Sentiasa kacau sehingga pekat.
Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk.

No comments: