Tuesday, November 20, 2007

Telur Puyuh Bungkus Daging Bergedel

Bahan2:
600 gm daging kisar
2 tangkai daun bawang dan daun sup, dicincang halus
3 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 biji ubi kentang (dibuang kulit, dibersih, didadu kecil, direbus dan dikisar halus)
2 camca besar rempah kari
70 gm serbuk roti
Garam
Serbuk lada sulah
1 biji telur (jika perlu)
20 biji telur puyuh (direbus keras)

Bahan untuk menggoreng:
1 biji telur
150 gm serbuk roti
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2:
Gaul semua bahan kecuali telur, telur puyuh dan bahan-bahan menggoreng di dalam mangkuk hingga ia sebati, tidak berderai dan boleh dibentuk bebola (tambah telur jika perlu untuk membentuk bebola).
Bentuk doh bebola sederhana besar.
Masukkan sebiji telur puyuh di dalamnya.
Celup bebola di dalam telur.
Kemudian golekkan ia di dalam serbuk roti.
Buat hingga habis doh.
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Goreng bebola hingga ia garing dan masak.

No comments: