Wednesday, November 21, 2007

Tat Nanas Harum

Bahan2:
Bahan-bahan untuk inti:
4 cawan nanas parut
3 ½ cawan gula
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan untuk kulitnya:
500 gm tepung gandum
300 gm tepung naik sendiri
500 gm mentega
2 biji kuning telur
¼ sudu teh serbuk vanilin

Bahan hiasan:
1 biji kuning telur dipukul sedikit
Bunga cengkih secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Cara2:
Ayak kedua jenis tepung dalam mangkuk adunan.
Masukkan mentega dan gaul sampai berbiji.
Tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit dan campurkan serbuk vanilin.
Uli perlahan. Biarkan selama 15 minit.
Sekiranya adunan terlalu lembut masukkan sesudu tepung gandum dan uli sampai sebati, sepertimana adunan tat biasa.
Ambil sejemput adunan.
Leperkan, masukkan inti dan bentuk seperti nanas.
Gunting atasnya untuk membuat kulitnya.
Cucukkan bunga cengkih sebagai tangkainya.
Sapu telur merah dan isikan dalam mangkuk kertas serta bakar sampai masak.

2 comments:

Ariel J said...

If u never mentioned how to make the inti, then what's the point !!!!

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!