Tuesday, November 20, 2007

Telur Mata Kerbau Berempah

Bahan2:
4 biji telur ayam (digoreng -mata kerbau)
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang merah (dihiris bulat)
serbuk rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam
2 sudu minyak masak
2 biji cili merah (sebagai hiasan)

Cara2:
Panaskan 2 sudu minyak masak di dalam kuali.
Tumiskan bawang kecil,bawang putih dan halia.
Kemudian, masukkan serbuk rempah kari (yang telah digaul dengan sedikit air).
Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah itu, masukkan 4 biji telur mata kerbau yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul sehingga rempah kari tadi sebati dengan telur.
Akhir sekali, masukkan bawang besar (dipotong bulat) sebagai penambah rasa masakan.
Setelah masak, boleh diletakkan 2 cili merah (dihiris 2) sebagai penyeri masakan.

No comments: