Tuesday, November 20, 2007

Singgang Daging

Bahan2:
Sekilo daging lembu
Lengkuas (hiris nipis dan memanjang)
Halia (hiris nipis dan memanjang)
Bawang Merah 10 ulas (hiris)
Bawang Putih 5 ulas (hiris)
5 tangkai cili kering (tumbuk) 3 sudu besar ketumbar (tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Garam secukup rasa
½ sudu kecil gula
Asam keping 4
sedikit penambah perisa (ajinomoto)

Cara2:
Rebus daging hingga empuk.
Masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam rebusan daging tadi.
Masak hingga empuk. Angkat dan hidang.
Cili kering boleh diabaikan jika tak mahu dan boleh diganti dengan cili padi, jika suka pedas.

No comments:

Others Recipes