Monday, November 12, 2007

Sup Zuchini

Bahan2:
100 ml minyak zaitun
30 gm bawang
5 gm bawang putih
150 ml stok ayam
150g zuchini
20 gm lada hitam
200 ml krim

Bahan ramuan untuk stok ayam:

1 kg tulang ayam
2 keping daun bay
10 gm lada hitam
20 gm parsley
100 gm daun seladeri
100 gm bawang bakung
250 gm bawang
100 gm lobak merah

Cara2:
Masukkan minyak ke dalam periuk dan goreng bawang serta bawang putih.
Masukkan zuchini. Tambahkan stok ayam dan masak sehingga zuchini masak. Hidangkan dengan krim, garam dan lada hitam.
Bagi cara membuat stok ayam, panaskan minyak sehingga 260F. Masukkan daun bawang bakung, bawang dan lobak merah.
Masukkan daun bay, tulang ayam dan air, dan masak. Kecilkan api dan renih.
Masukkan parsley, lada hitam dan renih selama 30 minit.

No comments: