Sunday, December 2, 2007

Puding Ubi Kentang

Bahan2:
1 paket agar-agar
3 gelas air
1 ½ cawan gula
3 ketul ubi kentang (direbus & ditumbuk hingga lumat)
1 tin susu cair
1 biji telur ayam

Cara2:
Masak agar-agar bersama gula hingga hancur.
Sementara itu, masukkan susu cair dan telur ke dalam mangkuk yang berisi kentang yang telah ditumbuk lumat.
Kacau hingga tiada yang berketul.
Masukkan kentang ke dalam agar-agar tadi.
Kacau atas api yang kecil buat seketika.
Angkat dan tuang ke dalam loyang.

No comments: