Monday, October 22, 2007

Flan Epal

Bahan2:
200 gm tepung gandum
100 gm mentega
Secubit garam
Sedikit air sejuk
Gaul tepung gandum dengan sedikit air hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan mentega dan gaul hingga lembut.

Bahan-bahan isi:
6 biji epal (dibuang kulit dan hiris setebal 1 cm)
60 gm gula kastor
1 sudu besar kepingan badam
½ sudu teh rempah campuran
50 gm mentega

Cara2:
Canai pastri setebal 2 cm.
Gunakan untuk melapik dasar dan tepi acuan kek bulat berukuran 10 cm.
Dengan menggunakan garpu, tekan tepi pastri.
Sejukkan selama setengah jam di dalam peti sejuk.
Sementara itu masukkan bahan isi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit atau hingga epal lembut.
Sejukkan sebentar. Tuang ke dalam pastri.
Hias bahagian atas flan dengan lebihan pastri. Bakar selama 35 minit.

No comments: