Sunday, April 26, 2009

Ayam BBQ Istimewa

Bahan2:
2kg ayam. Pilih bahagian ayam yang disukai.. cth kepak,paha atau sebagainya.
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 ikat serai
½ ketul halia
2 biji limau kasturi
5 sudu besar madu
½ botol sederhana kicap lemak manis
serbuk cili babas secukup pedas
Hirisan salad, tomato dan timun utk hidangan.


Cara2:
Kisarkan bawang besar, bawang putih ,halia dan serai sehingga halus.
Kemudian campurkan kisaran tadi dengan ayam yang telah dicuci bersih di dalam mangkuk besar.
Masukkan perahan 2 biji limau kasturi , 5 sudu madu , kicap dan serbuk cili.
Gaulkan kesemuanya hingga rata dan biarkan tenggelam dalam bancuhan selama sekurang-kurangnya 30mts.
Ayam sudah sedia utk dibakar. Semasa membakar ayam, sekali-sekala celupkan kembali ayam tersebut dalam bancuhan tadi dan biarkan masak sepenuhnya.

Hidangkan ayam di atas pinggan besar sejurus selepas masak bersama sedikit daun salad,timun serta tomato.

No comments:

Others Recipes