Thursday, October 4, 2007

Laksa Sarawak

Bahan2:
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)

BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)

Cara2:
Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
Tambahkan bahan perasa.
Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
Perahkan limau kasturi.
Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.

No comments:

Others Recipes