Sunday, September 30, 2007

Kek Aiskrim Istimewa

Bahan2:
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai

Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telur
Dipukul hingga pekat

Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar

Cara2:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang.
Masukkan badam halus dan air.
Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata.
Masukkan minyak jagung. Kacau lagi.
Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.
Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci).
Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya.
Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. Ratakan.
Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C.
Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian.
Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.

Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.

No comments: