Tuesday, October 2, 2007

Agar Agar Lapis

Bahan2:
2 bungkus agar-agar
2,000 ml air
50 g gula
½ cawan gula merah
¼ cawan susu pekat
Sedikit pewarna merah dan ungu
Loyang atau sebarang bekas agar-agar

Cara2:
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian.
Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah.
Apabila masak, tapis dan ketepikan.
Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan.
Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu.
Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah.
Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah.

Panduan:
Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.

No comments: