Thursday, October 4, 2007

Laksa Pulau Pinang

Bahan2:
1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:
1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan)
1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:
250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

Cara2:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel.
Didihkan selama 10 minit.
Masukkan ikan & kecilkan api.
Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak.
Kemudaian keluarkan dari kuah itu.
Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya.
Sementara itu, masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam.
Keluarkan daun kesum & bunga kantan.
Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah.
Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.
Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.
Hidangkan segera sementara ia masih panas.

No comments: