Monday, October 1, 2007

Ben's Flourless Cheesecake

Bahan2:
Crust:
- 250g bread crumb
- 125g butter
- 2 sudu besar gula
- setengah sudu kecil serbuk kayu manis

Filling:
- 3 250g cream cheese
- 1 cawan gula
- 5 biji telur
- satu setengah sudu kecil vanila

Topping:
- 3 cawan sour cream
- setengah cawan gula
- satu setengah sudu kecil vanila

Cara2:
Crust:
Cairkan butter dan campurkan ke bread crumb. Gaul rata.
Masukkan gula dan serbuk kayu manis.Gaul Rata
Letakkan bahan crust ke seluruh bahagian tray ( dasar dan tepi )
Boleh mula panaskan oven di 150 darjah Celcius.

Filling:
Lembutkan cream cheese sehingga cukup lembut untuk digaulkan dengan mixer.
Guna mixer untuk gaul cream cheese sehingga lembut.
Masukkan gula dan gaul.
Campur telur sebiji demi sebiji dengan mixer dalam kelajuan sederhana.
Tambahkan vanila.
Letakkan ke atas crust.
Masukkan ke dalam oven selama 50 minit.

Topping:
Pukul sour cream sehingga fluffy.
Campur gula dan vanila dan pukul sehingga sebati, putih dan licin (tiada lagi rasa kasar gula pada jari)
Apabila filling sudah dibakar selama 50 minit, letak topping di atas filling dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit dengan suhu yg sama.

Keluarkan cheesecake dari oven dan biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam setengah.

Cadangan Hidangan:
Buah peach yang dipotong bulat boleh diletak di atas cheesecake.
Filling boleh dicampurkan dengan cashew atau macadamia yang dipotong nipis (bukan dipotong kecil-kecil) setelah semua bahan telah digaulkan dgn mixer. Jangan digaul kacang menggunakan mixer.

No comments: