Thursday, October 4, 2007

Bihun Nam Pla

Bahan2:
1 paket bihun (direndam),
½ cawan isi ayam dipotong kecil,
udang -terpulang banyak mana,
Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),
6 biji cili api (ditumbuk)
½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1-2 susu besar sos ikan,
1 sudu sos tiram,
sedikit air
sedikit garam,
sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)
Taugeh,
Kobis,
boleh letak rencah lain
daging, sotong,fishball dll.

Cara2:
Panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air.
Kacau rata-rata dan masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam.
Kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi.
Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.
Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air.
Enak dihidangkan bersama cili jeruk.
Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan.

No comments: