Thursday, October 4, 2007

Biskut Pistacio

Bahan2:
100 gm mentega
80 gm gula kastor
2 biji kuning telur
150 gm tepung berserbuk penaik
100 gm pistacio, dicincang kasar

Cara2:
Putar mentega bersama gula kastor hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur. Kacau lagi.
Masukkan tepung berserbuk penaik.
Uli adunan hingga menjadi doh.
Bentuk doh bulat sederhana besar.
Kemudian dileperkan sedikit.
Tekan pistacio di atasnya. Buat hingga habis doh.
Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit.

No comments: