Sunday, September 30, 2007

Biskut Almond London

Bahan2:
16oz tepung gandum
3oz. Tepung jagung
2 sudu teh serbuk penaik (diayak sekali)
2 sudu besar susu tepung
secubit garam
9oz. mentega
3oz. Minyak sapi
1 biji telur
5oz. Gula halus
1 sudu teh esen vanila
Badam secukupnya
Coklat masak
Kertas cawan

Cara2:
Mentega, minyak sapi dan gula diputar hingga kembang
Masukkan telur, dipukul sedikit, masukkan garam dan esen vanilla.
Masukkan tepung yang diayak, kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
Ambil adunan sebesar guli, leperkan sedikit.
Bubuh sebiji badam, tutup dan bentukkan bujur.
Bakar hingga masak, sejukkan. Cairkan coklat masak diatas air yang mendidih hingga hancur dan licin
Bubuh sebiji biscut didalam kertas cawan. Akhir sekali sapu coklat cair diatas biskut.
Taburkan sedikit badam cincang. Biarkan coklat itu betul-betul kering.

No comments: