Tuesday, October 2, 2007

Ayam Madu Bersos

Bahan2:
6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 cm halia
2 batang serai
½ biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
4 sudu besar sos cili
8 sudu madu

Cara2:
Bersihkan ayam dan gaul bersama kunyit serta garam. Goreng hingga masak.
Kisar halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering.
Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai yang diketuk hingga naik bau. Masukkan sos cili dan madu.
Rasakan garam dan bahan perasa. Gaul ayam hingga rata dan bolehlah dipadamkan api.

No comments: