Tuesday, October 2, 2007

Ayam Masak Merah

Bahan2:
1 ekor ayam - potong 10 dan digoreng
1 biji bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] ditumbuk halus
sedikit halia ]
1 biji bawang besar - di mayang bulat tebal
1/4 cawan cili kering yg dimesin halus - ikut kepedasan yg diingini
sos tomato/puri
sos cili
air asam jawa sedikit (terpulang nak letak boleh taknak pun tak per sebab
sos tomato pun dan masam sikit)
sedikit gula merah
garam dan pak aji secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara:
Tumis bawang sehingga garing.
Masukkan cili kering dan biarkan ia pecah minyak dan masukkan sedikit gula merah.
Masukkan sos tomato dan sos cili. tumis lagi. masukkan air utk kuahnya.
Biarkan kuahnya mendidih masukkan garam dan pak aji dan juga bawang besar yg dimayang bulat.
Biarkan ia mendidih lebih kurang 2 minit dan masukkan ayam yg telah digoreng.

No comments: