Monday, November 26, 2007

Pengat Durian

Bahan2:
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara2:
Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.
Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.
Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.
Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.
Setelah cukup masak bolehlah diangkat.

No comments: