Monday, November 26, 2007

Bubur Pedas Sarawak

Bahan2:
1 bungkus rempah bubur pedas(mungkin hanya terdapat di Sarawak sahaja)
1 biji keledek (saiz sederhana)
250 gram udang (boleh digantikan daging atau ayam)
3 batang kacang panjang
1 biji terung panjang
sedikit udang kering
1 batang serai
sedikit suun.
3-4 batang jagung muda
sedikit daun cekur manis
2 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah
1 cm belacan

Cara2:
Tumis bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus.
Setelah naik bau,masukkan serai,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan udang dan kesemua sayur-sayuran.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.

No comments:

Others Recipes