Monday, November 26, 2007

Kek Strawberry Dengan Yogurt

Bahan2:
Bahan-bahan untuk kek sponge:
200 gm telur
140 gm gula
140 gm tepung

Bahan-bahan untuk strawberry cream:
100 gm kuning telur
500 gm yogurt
500 gm perasa strawberry
20 gm gelatin
700 gm whipped cream

Cara2:
Telur dan gula dipanaskan seketika kemudian dipukul hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak dan dikacau hingga sebati.
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam acuan yang telah dialas kertas minyak.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu kepanasan 200C hingga masak.
Untuk membuat krim strawberi pula, kuning telur dan gula dipukul hingga menjadi hancur.
Campurkan yogurt dan perasa strawberry kemudian masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau hingga sebati.
Adunan ini sebaiknya disimpan dan diketepikan.
Whipped cream dan gelatin yang telah dipekatkan dicampurkan dan ketepikan seketika.

No comments: