Monday, November 26, 2007

Pengat Buah Melaka

Bahan2:
1 kilo tepung pulut
gula melaka secukupnya
1 biji kelapa - ambil santan (2mangkuk)
1 sudu pewarna hijau (atau air pandan)
Air secukupnya utk menguli
2 helai daun pandan
2 senduk gula
2 sudu sagu biji
½ cwn susu cair
1 mangkuk air utk rebus sagu biji

Cara2:
Langkah Pertama:
Uli tepung pulut bersama air pandan/air + pewarna hijau sehingga menjadi doh.
Gula melaka dipotong kecil.
Bentuk bulat, gula melaka sebagai inti. (seperti kuih buah melaka).
Kemudian, panaskan air untuk rebus buah melaka tersebut. Setelah timbul, baru diangkat dan ditoskan airnya.

Langkah kedua:
Masak sagu biji dengan air.
Setelah kembang, masukkan santan, daun pandan, gula dan susu cair.
Apabila mendidih, masukkan buah melaka tadi.
Matikan api selepas 5 minit. Sejukkan.

No comments:

Others Recipes