Monday, November 26, 2007

Bubur Putih Mudah

Bahan2:
1 Cawan Beras(dibasuh bersih)
½ Sudu Besar Margerin
1 ulas Bawang Putih(dicincang halus)
½ inci Halia (dihiris)
Sedikit isi ayam (didadu kecil)
Sedikit daging (didadu kecil)
Sedikit Lobak Merah(didadu)
1 Biji kecil Kentang (didadu)
dan jika suka sediakan sayuran yang anda suka makan
Air untuk mereneh
garam secukup rasa
Daun Sup dan Daun Bawang (sebagai penaik bau dan rasa)-dihiris halus

Cara2:
Masukkan Margerin ke dalam periuk sederhana besar yang telah panas.
Tumis Halia dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan isi daging dan isi ayam. Tunggu hingga isi ini masak.
Masukkan sayuran seperti lobak merah dan kentang. Tunggu hingga separuh empuk.
Masukkan beras. Kacau sebati dan di masukkan air. Air perlulah lebih banyak daripada beras.
Jangan biarkan ia kering,sentiasa pastikan ianya cukup air dan tunggu hingga nasik betul-betul menjadi bubur..
Masukkan daun bawang dan daun sup dan garam secukup rasa.

No comments: