Sunday, August 23, 2009

Resepi Campuran

KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

Bahan2:
1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara2:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan

DAGING PANGGANG BLACK PEPPER

Bahan2:
1 kg daging batang pinang }dihiris nipis setebal 2 cm
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1 sudu besar lada hitam } ditumbuk halus
2 sudu besar sos plum
garam secukup rasa

Cara2:
Daging dicuci bersih kemudian digaul dgn bahan lain dan diperap selama 5-6 jam didalam peti ais.
Susunkan daging ke dalam dulang pembakar
Panggang daging di dalam oven pd suhu 180'C atau digrill sehingga masak sambil dibalik-balikkan daging tersebut
Penting jgn terlampau lama masak nanti daging kurang moist
Air yg keluar dr daging tadi disimpan utk dijadikan gravy.

GRAVY

Bahan2:
air lebihan daging black pepper tadi
sedikit tepung jagung dibancuh dgn 1 cawan air
garam secukup rasa

Cara2:
Campurkan semua di dalam periuk kemudian panaskan sehingga mendapat kuah yg pekat.


GRAVY VERSI KE-2

Bahan2:
200 g tulang lembu
2 cawan air
1 labu bawang besar }dipotong dadu
1 batang carrot }dipotong kecil
1 batang celery }dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

Cara2:
Tulang lembu dipanggang didalan oven sehingga perang kemudian direbus bersama carrot, bawang besar, celery dan lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
Tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air kemudian kacau sebati
Didihkan selama 10 minit. Setelah agak pekat boleh dihidangkan bersama mashed potato.

No comments: